Monday, May 26, 2008

OSH(Pengadang Keselamatan)

AMALAN KESELAMATAN KERJA MENGENAI PENGADANG MESIN

Keselamatan Pekerjaan. Bunyinya seperti amalan pekerjaan biasa tetapi sebenarnya, untuk mengamalkannya dapat membantu melindungi anggota badan,…. Malah nyawa juga. Apabila anda mengendalikan mesin atau peralatan, bagaimana selamat sekalipun ia kelihatan, tindakan berjaga-jaga yang mencukupi dapat membantu mencegah kemalangan.

2) Sebagai operator mesin, anda juga bertanggungjawab terhadap keselamatan. Anda bukan saja perlu mengendalikan kelengkapan mengikut spesifikasi, malah perlu melindungi diri anda daripada kemalangan. Ianya bukan sekadar persoalan bagaimana, di mana dan bila. Akta Kilang & Jentera 1967 menyarankan bahawa bahagian jentera yang merbahaya mestilah dipagari dan dibina untuk keselamatan. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, maka satu peranti mestilah dipasang pada mesin untuk mengelak orang yang mengendalikannya daripada terkena komponen yang merbahaya itu. Hukuman di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 bagi pekerja yang melanggar peraturan ialah denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi majikan pula ialah denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

3) Kemalangan membabitkan jentera berlaku apabila orang yang mengendalikannya cuai atau tidak mematuhi arahan penggunaannya. Ini merupakan satu perkara yang membimbangkan. Didapati kebanyakkan kecederaan perindustrian mempunyai kaitan langsung dengan peralatan mesin dan lain-lain.

4) Penyelidikan menunjukkan 75% daripada kemalangan peralatan mesin dapat dielakkan jika tindakan yang sewajarnya diambil. Lebih separuh daripada kemalangan itu disebabkan oleh kegagalan para majikan menyediakan pelindung atau satu sistem kerja yang selamat. Sebahagian lagi dikaitkan dengan kegagalan menggunakan pengadang atau mematuhi arahan.

5) Pada asasnya, prinsip-prinsip pengadangan peralatan mesin adalah mudah sekali. Apabila “pinch point” (kawasan bahaya) atau “hazard point” (titik bahaya) tidak dapat dihapuskan, maka pengadangan mestilah dipertimbangkan. Dalam banyak kes, apa yang diperlukan hanyalah memasang halangan pada “hazard point” itu. Hari ini, ramai pembuat mesin dan peralatan melakukannya.

6) Melindungi “point of operation” (tumpuan bahaya) kadang kala merupakan satu tugas yang paling sukar sekali. Di “point of operation” inilah biasanya terdapat bahaya berisiko tinggi, kerana disinilah berlakunya interaksi diantara manusia dengan jentera. Langkah berjaga-jaga yang paling selamat ialah mencegah pekerja daripada memasuki “point of operation”.



7) Mesin-mesin beroperasi dengan gerakan berikut:

BERPUTAR, SALINGAN ATAU KOMBINASI KEDUA-DUANYA SEKALI

Apabila komponen-komponen mesin berputar atau bersaling, gerakan-gerakan ini boleh menghancur dan memotong. Gerakan seperti ini adalah berbahaya.

Contoh gerakan berputar ialah aci, gear dan sesondol
Contoh gerakan salingan ialah omboh solenoid udara.

Semua ini perlu ditutup dan diadang

8) Biasanya terdapat empat jenis pengadang, melibatkan rekabentuk kejuruteraan yang mudah. Ianya ialah

PENGADANG BERTUTUP
Ia merupakan pengadang atau halangan tetap untuk menghalang mana-mana anggota tubuh badan daripada terkena komponen mesin yang bergerak.

PENGADANG SALING MENGUNCI
Ia adalah alternatif terbaik apabila pengadang tetap tidak dapat disediakan. Jika pengadang dibuka, bekalan kuasa ke mesin akan putus.

PENGADANG AUTOMATIK
Ia biasanya digunakan di dalam operasi kitar berulang. Anggota-anggota badan operator terlindung apabila komponen mesin bergerak.

KAWALAN JAUH, PENEMPATAN, PENYALURAN DAN LENTINGAN
Satu contoh pengadangan kawalan jauh yang baik ialah “two hand trip system” (system pemutus bekalan kuasa dengan dua tangan) yang memerlukan tindakan serentak kedua-dua tangan untuk mengendalikan suis elektrik, kawalan angin atau tuas mekanikal.

Perkara-perkara berikut hendaklah sentiasa dipatuhi untuk mengurangkan bahaya mesin anda:

i. Pengadang hanya boleh dibuka dengan menggunakan peralatan khas. Hanya personel yang bertauliah boleh membuka pengikat pengadang.

ii. Pengadang yang dipasang tidak akan menjejaskan produktiviti atau menimbulkan bahaya baru.

iii. Pengadang-pengadang hendaklah direka bentuk agar ia tidak perlu dibuka semasa kerja membaiki mesin atau membuat penyelenggeraan.

iv. Pastikan agar ruang diantara pengadang dengan mesin adalah minimum untuk mengelakkan bahagian anggota badan operator daripada sampai ke “danger point” (bahagian bahaya).

v. Semua kawalan menghidup atau mematikan mesin mestilah dalam jangkauan operator. Punat tekan kecemasan mestilah mudah dicapai dan ditanda dengan jelas. Untuk menghidupkan jentera, lakukan secara manual setiap masa.

vi. Pemeriksaan, kajian semula dan penyelenggeraan pencegahan hendaklah sentiasa dilakukan. Adakan satu program penyelenggeraan pencegahan yang meliputi pemeriksaan semua pengadang mesin.

9) TANDA-TANDA DAN ISYARAT AMARAN
Maklumat amaran yang sewajarnya hendaklah disediakan dan dibuat dengan jelas, terang, ringkas lagi padat , mudah dilihat, mudah dibaca dan diletakkan berhampiran kawasan bahaya, berhampiran dengan operator.

10) Ianya boleh berbentuk seperti berikut:
BAHAYA : Bahaya yang pasti akan mengakibatkan kecederaan parah atau
Kematian
AMARAN: Bahaya atau amalan yang tidak selamat yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang teruk atau kematian.
AWAS : bahaya atau amalan yang tidak selamat yang boleh mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri atau merosakkan produk atau membahayakan harta benda.

11) Adalah lebih baik jika simbol digunakan agar mudah memahami setiap bahaya. Ia mestilah bersaiz yang sesuai dan tahan lama.

12) Apa jua sekali pun, operator mestilah sentiasa dilatih cara menggunakan mesin dan memahami prosedur keselamatan. Pakaian terurai seperti tali leher serta barang kemas dan berambut panjang tanpa bertudung tidak boleh dibenarkan di tempat kerja. Peraturan dan arahan hendaklah sentiasa dipatuhi. Cermin mata keselamatan, perlindungan pendengaran, gogal, penutup muka, sarung tangan dan kasut keselamatan mestilah sentiasa dipakai. Sila pastikan mesin, kelengkapan dan kawasan kerja anda kemas dan bersih setiap masa.








13) Prosedur keselamatan kerja yang melibatkan pengadang serta langkah berjaga-jaga mungkin menyulitkan. Tetapi, harus diingatkan bahawa dengan mematuhinya bukan saja banyak membantu ke arah melindungi para pekerja, tetapi juga meningkatkan produktiviti.

Demi keselamatan, berhati-hatilah semasa berkerja. Ia memberi banyak kelebihan untuk masa depan.

FIKIRKAN KESELAMATAN, BEKERJA DENGAN SELAMAT!

OCCUPTIONAL SAFETY AND HEALTH(ERP)

EMERGENCY PLAN AND SAFETY PROGRAM

The employer prepares a process hazard analysis using an expert team that includes at least one employee familiar with the operation. The team identifies, evaluates, and proposes controls for hazards in this analysis. A history of previous incidents at the facility is included. The document anticipates the consequences to health and safety of a system failure. The employer responds to and resolves problems uncovered in the analysis in a timely manner. Management updates the study every five years, and retains these records for the life of the process facility.

How does a team determine the potential hazards at a facility? OSHA does not specify a method. Four approaches are commonly employed, any one of which works 3. An example in the “what if?” approach. The process is broken down into a series of steps, and for each step a series of “what if” questions are asked. What if the valve locked open and flow of this chemical could not be stopped? What if the valve locked closed and the chemical ceased to be added? After the consequences have been predicted, a plan is prepared to deal with each dangerous situation, should it arise.

The employer prepares a set of clear written operating procedures for the process that cover safety considerations. These procedures cover normal operation, but also address startup and shutdown, emergency shutdown, and restart after an emergency shutdown. The document lists operating limits and consequences of exceeding them. The document also includes the hazards of the chemicals, precautions (engineering and administrative) to avoid exposure, and measures to employ if exposure does occur. Similarly, employees who maintain, inspect, and test the equipment require written procedures. These procedures are then available to all employees who work at or maintain the facility.

Employers are responsible for a written emergency action plan so that employees are prepared to handle an emergency. The plan includes escape routes. Responsibilities of specific employees for rescue and medical duties are spelled out. The plan must meet the criteria outlined in 29 CRF 1910.38(a)

OSHA places high importance on training workers. The employer provides workers assigned to the process with training about the process and with follow-up refresher training at least every 3 years. Employees involved with maintenance, inspection, and testing or with emergency response must also be trained. Records of the training include the identity of the workers trained, the date of training, and an indication that the worker understood the training4.

Within 48 hr. the employer must investigate any incident that has occurred at the facility. Investigation must be by a competent team, and a report covering designated aspects of the incident is prepared and retained for 5 years.

This chapter does not include all details of the regulation. Instead it ha presented the flavor and intent of the regulation.